KeranaMu Aku Masih Di Sini..

Mencari dan terus mencari penghujung yang belum pasti..

RENUNGAN

Demi MASA!! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.

SEMANIS KURMA

Di dalam sedih dan ketawa, Di dalam susah dan mewah, Tetap teguh iman dan taqwa, Sehati sejiwa, Dulu kini selamanya, Walau apa yang melanda, Hadapi bersama, Ya Allah ya Rabbi, Teguhkan iman kami, Moga tabah hati tak berbelah bagi..

DIA LEBIH MAHA MENGETAHUI...

Akhir2 ini byk berita2 yang mengejutkan kita. Tak kurang yg menggembirakan kita.. Masing-masing ada bahagiannya sendiri.

Sekalung tahniah buat sahabat dynamic :

Ein dan Zaman yang dikurniakan anak lelaki..
Wan Zorah dan Aizudin dikurniakan anak perempuan..
Mahisan & Zaujah yg dikurniakan hero ke-3..
Hisom & Zaujah yg di kurniakan putera sulung..

Tak lupa juga buat kak wan siti fatimah dan firdaus yang akan berangkat menunaikan haji 26/10.. semoga diterima haji yang mabrur.. dan doakan kami akan menyusul ke sana pula insyaallah..

Salam kesabaran dan kekuatan juga buat sahabat2 yang sedang ditimpa musibah dan dugaan.. Sesungguhnya kalian antara orang2 yg telah diuji..

Sahabat sepejabat saya, tajudin yg baru menjalani pembedahan batu karang..
Saudara Fadli Fauzi sakit perianal abscess..
Liz yang masih perlukan rawatan susulan..
Huda yg kandungannya ada sdkt mslh..
Anak Dijah & Ramadhan yang masih koma di hospital Putrajaya..

Moga kalian semua diberikan kekuatan dan kesabaran di atas ujian yg menimpa..

Semalam sempat ziarah anak Dijah & Ramadhan.. Menitik air mata ni tatkala saya bersalaman dengan ibunya.. Begitu tabah dia menghadapi dugaan.. Setianya dia menemani si anak kecil yg hampir seminggu tidak sedarkan diri.. Sayu hati ini melihat si kecil yg br 3 bulan penuh dengan wayar.. hati ibu & ayah mana yg tidak sedih tatkala anak org lain sedang bergelak ketawa, tapi anak kita sedang terlantar sakit.. Kita perlu bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan kepada kita hr ini.. Balik dr hospital, saya masih terbayang2 lg wajah itu.. Lps isyak sempat sy solat hajat, doakan semoga nur fatimah cepat sembuh.. Tak lupa juga saya doakan supaya kandungan saya juga sihat.. Minta dijauhkan daripada sebarang kemungkinan yang sy sendiri tidak mampu..

Minggu ni cukup kandungan saya 8 bulan, bermakna ada lagi baki 1 bln lbh.. Badan pun dah mula lenguh2 dan sakit belakang.. Tidur malam pun terpaksa cari posisi yang betul.. Kadang2 bertemankan air peluh.. Tp alhamdulillah saya masih dapat menjalankn tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang bekerjaya.. walaupun tak sesempurna mana.. Dan saat-saat beginilah persefahaman & pertolongan daripada si suami amat-amat diperlukan.. Belum sempat diminta, tp telah dihulur.. belum sempat ditanya, dia telah menawar.. Alangkah manisnya sebenarnya hidup berumahtangga..


DOA SUPAYA TIDAK DIUJI PERKARA YANG TAK MAMPU KITA TANGGUNG

Sekarang kita boleh cakap, "Sabarlah ini ujian ALlah". "ALlah sayang pada awak sebab itu DIA uji". Kita boleh cakap semudah itu kerana kita belum diuji. Kalau diujipun perkara itu kita masih boleh hadapi dan tanggung. Jadi kita mohon kepada ALlah agar tidak menguji dan membebani kita apa yang kita tak mampu tanggung.

Bacalah doa ini;

Allah tidak membebani seorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya, dan dia mendapat (dosa) dari (kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah ENGKAU hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah ENGKAU bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana ENGKAU bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.

Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami, ENGKAU-lah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

(Al-Baqarah; 286)


DOAKAN SEMUANYA AKAN BAIK-BAIK SAJA!!

"InsyaAllah, kalau macam ni kedudukan baby sampai masanya nanti, 70% u akan bersalin normal.."
Syukur alhamdulillah.. moga2 doaku dan orang2 disekelilingku dimakbulkan tuhan..
"Banyakkan doa dan solat hajat", pesanan dari Dr.

Tulah permintaan saya, moga kali ini semuanya berjalan lancar.
Masa hakim dulu terpaksa ceaser sbb baby songsang.
Yang kali ni pun masa kandungan br 5 bulan, Dr kata baby nampak macam songsang. Kalau benar2 berlaku terpaksa ceaser sekali lagi. Rasanya terlalu awal Dr membuat kesimpulan. Saat tu, memang tak tergambar rasanya, sedih tak terkata. Sampai saya minta si suami hantar ke klinik yang lain. Cuba ikhtiarkan mana2 cara yang membolehkan saya bersalin normal. Mana ada ibu yang tak nak rasakan?

Saya akui, masa bersalinkan anak pertama, sy rasa sedikit mudah. Ingat lagi, hakimi dilahirkan pada 5 Ramadhan, hari isnin. Tarikh yg dipilih bersama. Nama dia AFIF HAKIMI pun telah saya dan suami berikan sejak 8 bulan dalam kandungan lagi. Dengan harapan untuk memujuknya berada di kedudukan yg sepatutnya. Tapi Allah tahu yg terbaik untuk saya. Alhamdulillah proses bersalin saya waktu itu sedikit mudah. Malam sebelum ceaser tu sempat saya makan kueh raya, takut dalam pantang saya x dpt nak rs. Masa perjalan ke hospital pg tu pun boleh lagi kami gelak2, mcm xpercaya pula. Tgh sht2, pergi hospital nak keluarkan baby. Masa kat labour room pun sempat lagi kami bergambar. Tetiba nurse masuk, ok siap2 kita nak masuk bilik pembedahan. Hanya Tuhan saja yang tahu waktu tu.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Saya dapat rasakan mcm mana Dr bius sy, masukkan epidural, belah perut sy (nampak melalui lampu2 yg kat atas tu).. Cuma saat-saat baby nak diangkat keluar, masa Dr ckp "Ok, kita nak keluarkan baby sekarang".. saat tulah hati ni tak dapat nak dikawal. Macam2 perasaan masa tu. Saya menangis. Rasanya mcm2 yg saya fikirkan. Lastly, sy tak sedarkan diri sbb Dr dah bagi ubat tidur.. Sedar2 semuanya dah selesai.. Pengalaman anak pertama..

Tapi kali ni saya berdoa agar dpt dipermudahkan bersalin secara normal. Ada suami yang menemani di sisi saat-saat saya sedang bertarung nyawa. Memberikan kata2 semangat.. Dan dapat merasai pengalaman yang baru bersama..

Saya juga pernah terfikir, selamat ke saya melalui saat itu nanti? Andaikat umur saya panjang, Alhamdulillah. Tapi kalau sebaliknya? Nauzubillah.. minta dijauhkan..
Tapi kita kena bersedia dengan segala kemungkinan yang ada kan?

Jadi pesanan buat si suami, Janji ngan saya, apa-apa pun yang berlaku kita mesti redha. Andai umur saya panjang kita akan berjumpa lagi. Jika sebaliknya, jaga amanah yang ada sebaik-baiknya. Berikan ilmu dan pendidikan agama secukupnya.. Pastikan mereka jadi anak2 yang soleh dan berguna.. Berikan kasih sayang secukupnya.. Jika perlukan pengganti, carilah pengganti yang lebih baik dari saya, yang boleh berkongsi kasih dan sayang bersama mereka.. :) Sedih pula rasa.. Tak ada apalah.. insyaallah semuanya akan ok kan? hihiii..

Apapun, semuanya nakkan yang terbaik dalam hidup.. Mempunyai keluarga yang bahagia hingga ke syurga.. Begitu juga ngan saya :)





SEBULAN SUDAH BELIAU PERGI..






















































































































































.

gD.org2u - MELAKAR SENYUMAN!!

16/8/2009 - Saya diberikan kesempatan untuk menyumbangkan tenaga untuk anak-anak bangsa sendiri. Memang menjadi impian saya untuk mempunyai hayat amal yang panjang, dengan memberikan apa yg termampu. Dan saya harapkan saya dapat membuat kebajikan sepanjang hayat saya insyaallah.

Tapi kali ini memang betul2 menguji kesabaran saya. Melatih dan mendidik anak orang asli bukan satu perkara yg mudah. Tahap kesabaran saya betul2 tercabar. Mungkin sbb itu sy ditakdirkan bukan menjadi seorang pendidik, tidak selari dengan jiwa saya.

Saya punya 8 org adik beradik perempuan yg mana 7 drpdnya adalah pendidik kecuali sy.. :) dan antara 8 itu semua beraliran agama, kecuali saya.. Saya akui mereka hebat.. Mereka mampu menyumbangkan yg terbaik untuk anak-anak didik mereka.. Memang mereka sentiasa diuji, tapi mereka masih setia berada disitu. Jadual harian penuh dengan aktiviti. Hujung minggu mereka bersama masyarakat.. Kebajikan keutamaan mereka.. Hebat bukan?? Saya ingin jd seperti mereka. Fasih bila berbicara soal agama, lancar mengeluarkan hadith dan ayat al-Quran, menjadi tempat rujukan. Saya telah lama tinggalkannya.. Dan saya pasti akan kembali semula memberikan bakti saya untuk semua.


























































































PERKEMBANGAN BAYI DARI MINGGU 29 - 40

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

sumber dari : http://mengandung.com

PERKEMBANGAN BAYI DARI MINGGU 17 - 28

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

PERKEMBANGAN BAYI DARI MINGGU 1 - 16

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.


sumber dari : http://mengandung.com/


ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH




















































Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran.

Ibu bapa mempunyai segala kuasa untuk menyediakan landasan yang perlu dilalui anak-anak seharian dalam proses membesar, ibu bapa juga perlu mengawal dan menyelia. Untuk itu petunjuk daripada Ilahi melalui al-Quran dan hadis merupakan modul dan acuan terpenting.

Tapi hakikatnya hari ini, kita sebagai ibu bapa sendiri tidak banyak meluangkan masa untuk anak2 kita. Sebabnya, masing2 sibuk dengan kerjaya. Sebagai alternatif, tempat asuhan dan sekolahlah tempat anak2 ini akan diserahkan. Tidak salah, tapi sebagai ibubapa yg bertanggungjawab, kita mesti memantau sejauh mana perkembangan anak2 kita. Jangan di depan mata kita sahaja mereka berbuat baik, tetapi di belakang kita sebaliknya. Nauzubillah min zalik.

Jadi sebagai ibu bapa yg inginkan anak2 yg cemerlang, cerdik serta soleh, sbnrnya semuanya bermula drpd diri kita sndr. Sejak mereka dalam kandungan ibunya lg. Sbb apa yg kita lakukan hr ini, sedikit sebanyak terkesan terhadap anak kita.

Jika kita inginkan yg terbaik, kita mestilah menjadi yg terbaik terlebih dahulu.
Jika kita inginkan anak yg soleh, tadah tangan minta padaNya setiap hati dikurniakan pasangan dan zuriat yang soleh.
Jika kita inginkan yg cerdik, selidik dahulu punca rezeki yg kita berikan pada anak-anak kita.
Jika kita inginkan yg ceria, ceriakanlh kehidupan kita bersama2 mereka.

Tapi jgn bermimpi, sekiranya kita sndr hr ini tidak pernah solat, puasa, sombong, engkar perintahNya, biadap dengan orang tua.. tapi kita harapkan anak kita buat yg terbaik untuk kita.. Itu adalah SATU KESILAPAN..

'CERMIN DIRI, HIASI PERIBADI' :)

TAHNIAH BUAT SAHABAT...














Syukur Lillah..

Saya sempat berkursus di pulau pinang selama 3 hari yg lps..
Masa hari terakhir teringat akan sahabat lama, Ca'a..
Terus saya call hendak tanyakan khabar.. Sbb mengikut perkiraannya sudah sampai masa untuk kelahiran.. panggilan telefon sy tidak berjawab.. Mungkin sibuk kot..

Selang 3 minit kemudian sy terima msg. "Salam ina, tgh kena interview ngan nurse. nak masuk wad ni. dah pecah air ketuban. apa2 nanti kami sms ye.." keesokan harinya baru sy terima penghabaran drnya, yg mengatakan yg dia slmt melahirkan baby girl.. tp kali ni senasib ngan sy dulu.. (caeser sbb anak songsang). Esok2 sy akan berkongsi pglmn sy melaluinya.. Masih segar diingatan.. :)

Nampaknya semakin besar tggjwb lps ni kn?. anak dah 3. ada shbt lain berkongsi.. realiti bila anak dah masuk 3 ni, rasa risau pula.. lagi2 duduk di KL ni.. ekonomi masih blm stabil.. hmm.. ada betulnya jg.. tp, bukankah setiap anak itu membawa rezeki masing2? Yang penting doa dan teruskan usaha.. Bumi Tuhan ni luas, insyaallah rezekiNya ada di mana-mana. Cuma kita kena terokainya..

Bila cerita pasal sahabat sy sorg ni, dialah di antara shbt sy yg kahwin awal. Sempat kami pergi masa kendurinya. Sempat kami siapkan hantaran dan gosokkan baju pengantin. Banyak sebenarnya kenangan bersamanya. Roomate sy di bilik 'excellent' masa di RZ dulu.

Tapi skrg masing2 dh ada kehidupan sendiri. Sy dpt rasakan betapa tabahnya dia menghadapi hari-harinya.. Mungkin sy tidak setabah itu.. Syukur dgn apa yg sy ada skrg.. Itu pun kadang-kadang merungut.. Yang pasti semua orang hendakkan yang terbaik untuk org2 yg tersayangkan?

Suami sy selalu berpesan, setiap kali hendak keluar rumah, niat kuat2 semoga perjalanan kita pada hari tersebut dipermudahkan. Rezeki kita, segala kerja2 kita.. Sebab Allah selalu nak bagi, cuma kekadang kita yg lupa untuk memintanya.. So jadikanlah amalan.. Jangan kedekut nak meminta padaNya.. Sebab Dia amat Pemurah lagi Maha Memberi..

---> Saya dah masuk bulan ke 4. Baby dalam perut ni dah mula tendang2.. Itulah nikmat menjadi seorg ibu :)..

CEPAT SEMBUH YA ANAKKU..




























PULANG KE TERENGGANU

Khamis lepas, tanpa dirancang tapi itulah keputusannya. Pulang ke Terengganu seawal pagi esoknya bagi menyelesaikan beberapa perkara. Tidak seperti sebelum2 ni, siap susun jadual bagai. Tapi kali ni lain, semua program yang dah disusun dibatalkan disaat2 akhir.. Semuanya kerana tanggungjawab. Awal jam 7 kami bertolak, berhenti breakfast di RnR Gambang, then sambung balik perjalanan. Sampai di halaman rumah orang tua kami jam menunjukkan 12.35 tghr. Terkejut si ayah dan ibu menerima kepulangan kami tanpa pengetahuannya. Kejutan di hari Jumaat :) Alhamdulillah, semuanya baik-baik saje..

Ahad, jam 8 pg kami memulakan perjalan utk pulag ke KL semula. Otw tu sempatlah jengok kawan lama di temerloh. Thanks Huda lauk ikan patin tu. Walaupun beli.. hihiii.. takpe, aku faham.. nasib kita sama.. (Dia tgh mabuk, mengandung anak pertama setelah lama menunggu. Jangka bersalin tempoh yg sama dgn sy.) So tiba di rumah jam 5.30 ptg.. Alhamdulillah, selamat perjalanan kami pergi & balik wpun tidak dirancang awalnya..


HAKIMI DEMAM

Balik kerja smlm, ambil hakim along kata hakim demam. Lepas maghrib, terus siap2 hantar gi klinik. 39c.. Dr terus masukkan ubat punggung. Katanya biar cepat sikit rendah suhu badannya.
Nasib baik cepat.. Sembuh ye hr ni.. esok hakim dah nak kena cucuk..

Disebabkan kesibukan dunia, sy dan si suami hampir2 terlupa untuk berikan suntikan hakim 1 thn 1/2.. Ni dah nak masuk 1 thn 10 bln. Nasib baik tergerak hati nak check buku kesihatan dia. Kebetulan esok sy ada check-up untuk kandungan sy yg dh masuk minggu ke-19 ni.. So blhlah sekali arung bawa dia skl.. Tapi dgn syarat cepat sembuh ye sayang!!!

Cerita pasal demam ni, teringat si ayah hakimi.. Tahun pertama perkahwinan sy, sy blh katakan setiap bulan mesti dia akan demam. Dan kalau dh demam tu, hanya tuhan je yg tahu.. Kdg2 mengalahkan kanak2. Pernah sekali tu, sy terima panggilan di tempat keje.. Katanya cepat balk.. Abg x larat.. Waktu tu juga, dengan perut yg sarat sy bergegas balik ke beranang semata-mata risaukan si dia.. Tapi Alhamdulillah, skrg nampak dah kurg sikit.. Maybe skrg ni byk kerja keras kot. so x sempat badan tu bermanja, asyik diperah je :).. Apapun syukur pada tuhan atas nikmat kesihatan yang diberikan..


p/s .. semoga sahabat saya yuzi dan afan dipermudahkan segala urusan.. ameen..




JANGAN BERSEDIH..
































Hadiah di hari pernikahan. Semoga saya akan terus menjadi seorang muslimah yang solehah!!

“janganlah kamu terlalu bersedih kerana apa yg telah ditakdirkan pasti akan berlaku dan rezeki yg telah ditentukan untukmu pasti akan datang..”

Yang berlalu Biarlah Berlalu

Mengingati masa yang lalu dan bersedih dengannya merupakan suatu kesilapan. Selalu mengingati masa lampau merupakan satu pembunuhan terhadap sebuah cita-cita. Memori masa yang lalu bagi orang yang cerdik biasanya dilipat dan tidak diceritakan. Masa yang lalu ditutup dan dikunci rapat dalam peti lupa, sebab ianya sudah berlalu dan telah berakhir.
Selayaknya bagi orang yang beriman, kita tidak perlu menoleh kebelakang. Kita hanya boleh menginsafi dan menyesal kesilapan yang telah dilakukan, tetapi untuk kembali ke masa lampau adalah suatu yang mustahil untuk berlaku.

Kita sering terlena dengan istana nan indah dan menangisi keruntuhan yang telah berlaku. Ingatlah jika manusia dan jin dikumpulkan untuk mengembalikan apa yang telah berlalu nescaya gagal dan tidak mampu kerana ianya adalah MUSTAHIL.


Hadapi Masa Hadapan Dengan Tabah

Allah s.w.t berfirman (Al-Nahl:1) yang bermaksud:
“Telah pasti datang ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan(datang) nya”

Mengapa kita perlu sibuk untuk hari esok, mengapa kita berasa bimbang terhadap malapetaka, peristiwa hari esok sedangkan kita belum tentu menjumpai hari esok.

Apa yang amat penting ditanam dalam fikiran kita ialah hari esok masih lagi dalam alam ghaib. Memberi peluang yang luas kepada akal fikiran untuk memikirkan masa hadapan dengan seolah kita membiarkan diri kita dibawah pengaruh panjang angan-angan.

Tidak salah untuk kita angankan perkara yang indah, tapi jangan sampai kita menyalahkan takdir yang bakal menimpa tanpa diduga. Setiap yang berlaku adalah dengan ketentuanNya. Yang penting, kita hendaklah sentiasa berfikiran POSITIF. Kerana dengan adanya fikiran yang positif, ia akan mempengaruhi tindakan yang positif insyaAllah..

Yang penting jadikan DOA sebagai senjata kita. Insyaallah segala amalan dan permintaan kita akan diperkenankan olehNya.


Jangan Bersedih! Jika saat ini anda fikir anda miskin, masih ada lagi mereka di luar yang mati kelaparan.Jika hari ini anda fikir anda tidak punya kenderaan seperti orang lain, masih ada orang lain di luar yang tidak mempunyai kedua belah kaki untuk bergerak. Jika ketika ini anda mengeluh kerana ditimpa musibah, masih ramai lagi orang2 di luar sana yang mati dalam kekejaman.

Jangan Bersedih! Jika anda banyak melakukan dosa dan maksiat, anda masih ada masa untuk bertaubat. Jika anda melakukan kesalahan, anda masih punya masa untuk meminta keampunan. Yang PENTING BERSEGERALAH. Sesungguhnya Rahmat Allah itu amat luas, pintunyaNya terbuka luas, keampunanNya tidak mengira masa, dan taubat anda pasti diterima.

Pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman” , sedang mereka tidak diuji lagi?
- Al-Ankabut, Ayat 2

TERIMA KASIH TUHAN..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menentukan perjalanan hidup ini..
Yang masih memberikan aku kekuatan, kesenangan dan kelapangan hidup..
Terima ksih juga kepadaNya kerana telah mendengar setiap bisikan hambaMu.
Walaupun kadangkala kita berada dalam kealpaan.

Sekian lama sy tidak menulis. Rindu pula rasa.
4 bulan pertama di awal kehamilan mmg agak sedikit 'berlaku perubahan'..
dalam masa 3 bln saje berat bdn sy turun hingga 7kg.. (tanpa naik tangga 7 tngkat mcm sy buat sblm ini :).. Alahan pd mknn agak sdkt teruk berbanding yg first dulu.. (ke anak perempuan pula kali ni? :) hihii.. ameen).. 3 bln jg sy tidak masak. Sian si suami.. Nasib baik ada si adik sedia membantu. Byk kerja-kerja rumah yg diselesaikannya. Sian jg si hakimi yg kurg mendapat perhatian ibunya kerna kudrat yg agak lemah..

alhmdulillh, masuk bln ke 4 ni, insyallah semua akan kembali normal.. kembali melakukan tugasan yg telah lama ditinggalkan.. Tapi bila dikenang-kenang kembali masa mengandungkan anak pertama dulu sy rs sy lbh kuat.. Buktinya :

1) Sy blh drive seorg diri dr beranang ke KL pergi & balik setiap hari tanpa gagal.. (9 bln tu..)
2) Sy masih memasak wpun tak larat.. Sbb ms tu si ayah sll tiada di rmh waktu malam.. tp blk mesti lapar :)
3) Sy blh berhenti tepi jln semata2 nak muntah di awal pg..
4) Sy sll blk kerja mlm dengan perut yg besar sbb kdg2 bosan sorg2 kt rumah..
5) Sy sanggup berhenti tepi jln otw blk kerja semata2 teringinkan mkn durian yg dijual di tepi jln.
6) Sy sll tertidur dlm perjlnn ke tmpt kerja.. time drive tu..
7) Sy terlalu jarang ambil MC ms mengandung..
8) Sy jarang mengeluh sbb penat bekerja.. dan sy jarang mengidamkan benda2 yg pelik2..
9) Sy blh menangis seorg diri sekiranya sy penat memandu perjlnn pulng ke rumah..
10) Sy sgt kuat masa tu.. dan sy tidak pasti boleh ulanginya lagi atau tidak saat-saat itu..

Tapi kali ni, time sy tak larat drive pasti si suami yg menjadi mangsa.. minta di hntr dan diambil ke tempat kerja. Masak mmg tolak ke tepi.. Teringin, pasti ditunaikan hajatnya.. terima kasih si suami..

Itulah yg dinamakan pengalaman dan perkongsian hidup.. pengorbanan yg perlu dibayar..

KENAPA KITA DIUJI?

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya segala ujian, persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita akan terubat dengan janji-janji Allah… Sesungguhnya kepada Kitab Suci Al-Qur’anlah tempat kita merujuk segala permasalahan kerana ia adalah penawar…

Sepanjang minggu lps beberapa episod cerita yg sy kira tidak baik telah berlaku. Dari satu kejadian ke satu kejadian. Kekadang hati ini tertanya2, apakah yg Allah cuba tunjuk sebenarnya? Ya saya PASTI, akan ada jawapannya..

Rupa2nya, terjawab akhirnya.. ada khabar gembira yg mennati dipenghujungnya.. Tunggu.. :)

** Pencopet yg sy rs tinggal disekeliling sy shj. Mungkin sy mengenalinya?
** Marah giler!! bil air kena potong, sila jelaskan bil anda.. tunaikan kewajipan. Jadilah penyewa yg bertggjwb.
** maaf paklang, tercalarkan kereta baru tu.. X terniat lgsung.. Claim kat mak ye :)
** sory abg, hakim, k.lang.. demam, muntah2.. terkena tempias..
** bibik, permit x settle lagi.. setgh pengsan uruskannya. Minta org lain backup ye..

TERIMA SEADANYA..

Pagi mcm biasa, sblm pergi kerja sy akan menyiapkan sarapan pagi. Selalu turun dr bilik atas si ayah akan turun dahulu bersama si hakim. Tapi pagi ni, sy yg turun dahulu. Tapi pg ni mcm rasa lain je. Macam ada sesuatu berlaku. Sy cr handbag tak jumpa, tengok purse si ayah pun tak ada kat tmpt sepatutnya. Rasa curiga.. Cek semua pintu, elok terkunci. So sy terus naik atas bgth si ayah. 'Macam ada org masuk je rumah kita je. handbag b ngan purse abg xde'.. Cnfirm. Tak jumpa.

Tapi keadaan rumah mcm biasa, xde yg berusik. Keluar rumah, mn tahu ada apa2 kesan org mencuri. Sah!! Handbag, purse sy dan si suami bertabur di luar rumah. Tapi Alhamdulillah, pencuri tu hanya ambil duit je. Kad ATM, ic, dan segalanya ditinggalkan. Kalaulah diambil semuanya, masak kami dibuatnya. Sekarang ni hidup kena sentiasa berhati2. Anak2 pun kena sentiasa di awasi. Keselamatan perlu diutamakan. Mulalh terfikir nak pasang auto gate, alarm, kamera. hmm.. dunia semata.. semua ni angkara manusia juga.. apalah nak jd dgn org zaman skrg ni..

Nak dijadikan cerita, sampai opis, sy br nak cek handbag. Baru terperasan ada surat cinta dlm beg. Si ayah senyap2 masukkan rupanya mlm td. Nasib baik si pencuri tu tak bawa lari sama. hahaa.. Thanks aaaa.. Penuh makna..

PERKONGSIAN HIDUP

- Mesti saling percaya
- Terima kelemahan pasangan, cuba baiki
- Bertolak ansur
- Appreciate each other
- Perlu ada pengorbanan
- Berkongsi suka dan duka
- Banyakkan bersabar dan tabah
- Saling menjaga hati
- Saling mendoakan yang terbaik
- Jangan cepat merajuk
- Luahkan perasaan tidak puas hati
- Merancang masa depan bersama
- Mendidik anak-anak
- Melakukan aktiviti bersama
- Saling bantu membantu
- Pendengar yang setia
- Memberikan masa yang berkualiti
- Merancang kewangan bersama
- Selalu memuji atas kejayaan
- Sekali sekala memberikan kejutan
- Bercuti
- Terima seadanya, dan percaya pasangan kita adalah yang TERBAIK!!!



















Jadilah pasangan suami isteri yang bahagia hingga ke syurga.. Ameenn..

SELAMAT ULANGTAHUN :)





















terima kasih buat yg tersayang :)

Apa yang paling anda inginkan di hari ulang tahun?
- Doa daripada suami, ibu bapa, anak2, keluarga, sahabat2, guru2 dan sekeliling sy yg mengenali sy..
- Mendoakan yang terbaik untuk saya.
- Menjadi seorg insan yang lebih tabah, sabar, dan bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan yg penuh dugaan ini.
- Dan semoga saya dpt dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hingga ke akhir hayat dan seluruh keturunan saya.


Apa yang anda harapkan di hari ulangtahun?
- Menambahkan lagi amal ibadah
- Konsisten baca quran setiap hari + pose sunat
- Dapat menabur bakti untuk Islam dan masyarakat
- Ditambahkan anak (misi tahun ni yg hampir berakhir :) )
- menjadi anak, isteri dan ibu yg solehah
- Dapat bersama insan2 yg tersayang
- Dijauhi daripada bebanan hutang dan malapetaka.
- Dapat sesuatu yg surprise!!
- Dapat kurangkan berat badan.. hihihi..


Apa impian hidup anda?
- Mempunyai keluarga yg bahagia di dunia dan akhirat
- Mempunyai hayat amal yg panjang
- Mempunyai kewangan yg stabil, dpt membantu masyarakat yg memerlukan
- Mempunyai satu institusi kebajikan
- Kembali giat dan membantu masyarakat di luar sana
- Menjadi suri rumah sepenuh masa
- Merancang percutian


Apa ucapan anda di hari ini?
- Terima kasih pada kalian semua yg mengirimkan sms diiringi doa dan ingatan.. moga kalian semua mendapat balasan yg setimpal daripaNya. Kita hanya merancang dalam kehidupan ini, tapi Allah jua yang maha menentukan segala-galanya. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

- Terima kasih juga buat abang, hakim dan k.lang yg menyediakan kek dan mkn malam.. hihi..


























hadiah yg penuh makna. Lu fikirlah sendiri!! :)
Selamat Ulangtahun juga buat anak-anak buah saya yg lahir pd tarikh yang sama.. Arifah, Dina dan si putera baru lahir hr ni (Tahniah Mak Teh..)

HAJAT YANG DIPENUHI


Alhamdulillah, nazar yang telah lama dibuat akhirnya dipenuhi sabtu baru ni. Sekadar berkongsi, saya telah bernazar kalau hakim pandai jalan tempoh hari nak bawa ke zoo. hihi.. Tapi asyik tak berkesempatan. Kebetulan minggu lps kami bercadang blk kg di Melaka ziarah nenek yg telah lama x jumpa. So otw tu singgahlah sekali.. Maka tertunailah 1 janji..

Saya percaya di antara kita selalu bernazar sekiranya barang yg hajati di kabuli. Tidak kira apa hajat sekalipun dan apapun bentuk nazarnya. Tapi selalunya kita bernazar jika dpt sesuata yg baik, yg menggembirakan.. Contohnya dapat kerja baru, sembuh drpd penyakit, naik pangkat, lulus periksa dan sebagainya.. Dan yg paling penting nazar itu wajiblah dipenuhi selagi ianya tidak bercanggah dgn syariat. Dan alangkah baiknya sekiranya kita bernazar sesuatu yg dapat memberikan kebahagiaan org lain? Betul x? Memberi sedekah ke..

Kan allah telah berjanji, " Barangsiapa yang mensyukuri nikmatKu, maka akan Ku tambahkan nikmat mu, dan barangsiapa yang ingkar maka sesungguhnya azabKu amat pedih"..

HIDUP DI TENGAH KOTA


Gambar diambil dr bilik sy tgkt 10

Kehidupan kota yang penuh dengan kesibukan, kesesakan, keserabutan.. Sangat tak sangka saya berada di area ini pada hari ini.. Tinggal dan mencari rezeki di tengah-tengah ibu kota. Tak pernah bermimpi dan tak pernah impikan. Tapi itulah realiti dan menjadi kenyataan pada hari ini.

Jam di PC saya menunjukkan pukul 6.37 petang. Dan gambar di atas adalah keadaan jalan raya ketika ini. Saya berkira-kira untuk pulang ke rumah dikala ini.. Patut ke saya mengharungi kesesakan bersama-sama mereka atau biar semuanya reda? Ni KL lah kawan!! Sampai bila nak tunggu?? Saya amat membencikan jemmm. Sgt benci. Itulah hakikatnya yg sy terpaksa harunginya setiap hari. Setiap pagi dan petang. Tapi sbnrnya sy dh pernah lalui teruk drpada ini.. Berulang-alik dr KL - Beranang.. Sempatlh setahun.. Sempatlh mengandungkan hakim sampai bersalin :).. Byk jam di dalam kereta.. Sabar jelah.



Gambar kat atas ni pula br saya ambil dlm 2 mggu lps. Opis sy dilanda dek banjir.. Siapa yg parking kat G, semua hbs tenggelam dek air.. Nasib sy agak baik, sbb kereta sy berada di tgkt 3. Sian mereka2 yg lain. Perasan x, bumbung merah tu PWTC py. Blkg PWTC.. opis sy kat area situ je. So kat sini kena hati2, banjir blh berlaku bila2 masa dgn sekelip mata.. Tengok jelh brp byk kereta yg menjadi mangsa. Tu yg br sikit sy tunjukkan. Ni bukan pertama kali, dh byk kali berlaku.. Terpaksa hr tu, sy tgglkn kereta kat opis, dan buat kali pertamanya sy balik ke rumah menaiki train. Dekat pkl 10 mlm jg br sampai. Sian si kecil tukan? Nak buat cam ne, mencari rezeki.. Doa byk2nya.. Klu murah rezeki, nak aje ibu pencen awal.. menghabiskan masa bersama keluarga tercinta :)


MENCIPTA HOBI BARU


Anakanda Hakimi yang semakin pandai posing :)














Lepas ada rumah sendiri ni, baru bersemangat rasa nak bercucuk tanam. Jd ahad br ni kami mencari nursery yg berdekatan. Tempat nak dituju adlh semenyih sbb tu je yg kami tahu. Masa otw, kat hway SAGA tu, tetiba kat tepi higway tu sy ternampak ada 1 nursery. Tp sbb dah terlajak so teruskan jelah perjalanan ke semenyih..


like father like son:)















First kedai kami masuk rupanya kedai bonsai. hmm takde maknanya menanam bongzai. So kami meneruskan perjalanan ke 1 kedai lg.. hmm pokok2 semua hidup segan mati tak mau.. Then setelah kami berbincang, ambil keputusan utk pegi kedai yg mula2 nampak td. Lagipun dekat dengan rumah.



berpeluh-peluh menjelajah nursery














Destinasi seterusnya.. Nampak signboad..

b : Abg, Pusat Flora Cheras ni apa sbnrnya?
Abg : Tempat pembuangan sampah lah..
b : ooo..

3 minit kemudian..

b : Eh, bukanlah.. nilah tempat yang kita nak pegi, nursery.. besarnya tempat..

hahaha.. nasib baik kami ke sini, klu tak sampai bila2 sy igtkn tempat sampah..


inilah hasil drpd membeli belah















Sampai je tempat tu, rs waaa!! Hebatnya tempat ni. Mmg tak silap tempat kami pegi. Bersemangat pula rasa. Harga pun berbaloi. Tapi klu pegi hujung bulan selalunya ada jualan murah skt. Inilah pengalaman pertama memilih pokok bunga dan sayur utk kepunyaan sndr. Semoga akan menjadi hobi drpd merapu tak tentu hala. Ada juga hasilnya berbakti pada tanah ni.

So sapa2 yg suka bercucuk taman silalah berkunjung ke sini. Mmg ok. Tapak ni jabatan pertanian punya. Semua peniaga melayu. So jom kita cipta hobi baru..


Tibalah masanya bercucuk tanam pula..















SIHAT SEPANJANG HAYAT


Bila bercakap pasal kesihatan, pasti semua org hendakkan sihatkn? Mana ada org nak sakit dalam hayat hidupnya.. Tapi sebenarnya kita lupa kunci sebenar kesihatan sepanjang hayat.. iaitu : "mencegah lebih baik daripada mengubati"..

Ramai yang tahu namun ianya mungkin tidak diambil perhatian. Termasuk diri saya sendiri. . Jika sudah diserang penyakit, baru kita nak menyesal di kemudian hari.


Saya sendiri mempunyai azam yang baru. Ni pun gara-gara teman-teman ramai yg tegur tentang kenaikan badan saya.. 1 langkah yang telah saya ambil selama seminggu ini..


"Setiap pagi sy akan naik tangga dari tingkat 3 (tempat parking) ke tingkat 10 (office sy).. waaa!! Hebat bukan?? Tapi sy x pasti selama mana sy boleh kekalkan rekod ini.. Harap2nya sampai target saya tercapai.. Kamu di luar sana tak mau mengikuti jejak saya?"

Tp belum seminggu sy dh sibuk suruh si suami belikan penimbang.. Nak tengok keberhasilannya.. Terukkan? :) dan 1 lg langkah yg dah lama si suami sarankan, minum susu.. Biar kuat tulang tu katanya.. Nak guna sampai ke tua.. Cuma sy je buat tak endah.. insyaallah ianya akan menyusul lps ni.

Dan didoakan kesihatan buat kekanda sy yang sekarang di tahan di wad bersalin. Mengalami pendarahan, yang sekarang ni sedang mengandung 7 bln. Nak masuk minggu ke tiga di tahan dalam wad. Moga terus tabah menanti hari2 yang membosankan di dalam wad tu.. Penuhilah dengan sebaiknya. Ada masa kami dtg melawat lagi..




Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


Setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI..

BILA PENA BERBICARA

Assalamualaikum..

Salam permulaan dari saya.
Begitu lama untuk saya memulakan penulisan saya. Itu pun setelah beberapa teman saya bertanya kenapa tak tulis blog? bukan saya tidak mahu, cuma saya tidak tahu apakan mengisian yang hendak dikongsikan. Tapi bila semakin hari melihat teman-teman lain semakin rancak menulis, sy rasa sudah sampai masanya untuk giliran saya pula. Kenapa tidak gunakan kelebihan yang saya ada untuk dikongsi bersama..

InsyaAllah saya bermohon kepada tuhan agar keberkatan juga segalanya bermula dan berakhir.

Yang penting dalam hidup ini mempunyai ' jangka hayat amal yang panjang '. amiin..
 
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent