KeranaMu Aku Masih Di Sini..

Mencari dan terus mencari penghujung yang belum pasti..

RENUNGAN

Demi MASA!! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.

SEMANIS KURMA

Di dalam sedih dan ketawa, Di dalam susah dan mewah, Tetap teguh iman dan taqwa, Sehati sejiwa, Dulu kini selamanya, Walau apa yang melanda, Hadapi bersama, Ya Allah ya Rabbi, Teguhkan iman kami, Moga tabah hati tak berbelah bagi..

GO GREEN & GO FOR NATURAL PARENTING!!

CLOTH DIAPERS YANG MESTI ANDA MILIKI!!


Banyak lagi info yang hendak dikongsikan bersama!!!

Saya sendiri telah menggunakan CD ini. Untuk anak sulong, saya hanya pakaikan pampers DD waktu pergi berjalan/malam. Anak kedua fully CD sejak drpd baby.. Saya sendiri memiliki 18 CD untuk 2 orang anak sy.. Alhamdulillah, ianya mudah untuk dikendalikan dan amat menjimatkan.. Jika anda hendak mendapatkan info/pertanyaan boleh ty kpd sy.. Insyaallah sy akan berkongsi pengalaman bersama anda..

CD ni pun sy telah perkenalkan kepada family dan kawan2 sepejabat sy.. Kebanyakan mereka telah bertukar daripada DD kpd CD. Saya tuliskan sedikit info untuk dikongsikan bersama..

Apa itu cloth diaper?

Dalam bahasa mudahnya cloth diaper ialah lampin kain. Dengan kata lain, CD ialah lampin kain yang telah di‘upgrade’ sesuai dgn peredaran zaman sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang. Paling penting, CD boleh dibasuh dan dipakai semula. Terdapat beberapa jenis CD masa kini, antara yg banyak digunakan adalah pocket diaper, fitted, all-in-one (AIO) dan juga all-in-two (AI2).

Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang dan kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kpd bahan kimia yg terkandung dlm lampin pakai buang. CD juga mengurangkan masalah ruam lampin dan gatal di kalangan bayi.

Kelebihan yang lain?

CD adalah one-size iaitu sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berusia 3 thn (dari 3 -18kg) ataupun saiz S, M, L dan XL dalam satu. Jadi, beli sekali tahan 3 tahun dan boleh disimpan utk anak yg seterusnya (bergantung pada cara penjagaan dan pengendalian juga). Selain itu, bayi juga lebih cepat belajar buang air di tandas (early potty training). CD kini tampil dgn pelbagai rekaan, warna dan corak yg sangat menarik. Fitting dan cuttingnya juga cantik dan kemas serta selesa dipakai. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Juga mudah saja dibasuh dan cepat kering kerana diperbuat drpd kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit bayi.

Senang tak pakai?


Senang saja. Hanya perlu masukkan insert ke dalam poket (untuk jenis pocket diaper) dan pakaikan CD tersebut pada bayi, sama macam kita pakaikan lampin pakai buang. Kalau yg AIO tak perlu masukkan insert kerana insert dah dijahit sekali dalam diapers, jadi boleh terus pakaikan pada baby. Mudah bukan?!!

Macam mana nak basuh?

CD dibuat daripada kain, jadi sama sahaja seperti pakaian anak anda (yg perlu dibasuh). CD boleh dibasuh tangan atau dgn mesin basuh. Yang penting, buang segala kotoran dahulu dan gunakan sabun yg sesuai, iaitu yg tidak mengandungi enzim, peluntur dan pelembut. Ramai yg menggunakan sabun Pureen HAD, kerana sgt lembut pada kulit bayi dan bersifat hypo-allergenic. Takpun hanya gunakan sabun serbuk 'murahan' yg very basic! CD juga mesti dibilas dgn air yg mencukupi (supaya tiada kesan sabun). Itu saja!! paling penting CD mesti di'pre-wash' terlebih dahulu sebelum digunakan... jgn lupa!!

Kenapa perlu bertukar kepada cloth diaper?


1. Lebih sihat dan selamat untuk bayi (berbanding lampin pakai buang yg mengandung bahan kimia berbahaya)...
2. Menjimatkan. Sangat menjimatkan!!!
2. Sebagai satu sumbangan (yg besar juga sebenarnya) kepada
alam sekitar.

Tahukah anda seorang bayi menggunakan sehingga 7000 lampin pakai buang???
Tahukah anda lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di seluruh dunia setiap hari?? (Bayangkan berapa banyak ruang/ tanah yg diperlukan utk melupuskannya!!)
Tahukah anda sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun utk terurai sepenuhnya??

Nota: Lampin pakai buang sangat tidak menyumbang kepada alam sekitar, dah la berapa byk pokok yg ditebang utk membuat lampin pakai buang, dan lampin pakai buang yg telah digunakan pula mengambil masa yg sgt lama utk dilupuskan. Fikir-fikirkan....

4. Keselesaan bayi. Memakai kain yg sangat lembut adalah lebih selesa daripada memakai kertas dan plastik!!!
5. Lebih natural. Ini kerana bayi sepatutnya berasa basah apabila basah, bukan berasa kering sentiasa (hingga tak tahu bagaimana rasanya basah!!). Jgn lupa, dry doesn't mean clean!! CD moden pun direka supaya dapat menyerap byk basahan dlm masa yg sama bayi berasa kering (dgn lapisan fleece), namun bayi tetap akan rasa kedinginan semulajadi... Dengan itu juga anak anda cepat belajar buang air di tandas.... (dah ada kajian psl ni).

6. Mengarah kepada natural parenting/ attachment parenting (keibubapaan alami) ~ dgn matlamat 'back to nature' utk lebih sihat dan selamat, serta 'strong bonding between parents and baby', sama seperti breastfeeding, babywearing, co-sleeping, homemade food, homeschooling dll. Mmg s
ekarang ni manusia pakat mahu kembali kepada gaya hidup yg lebih sihat dan natural (seboleh mungkin cuba elakkan semua yg ada unsur chemical/ tambahan/ tidak natural dan tak selamat).....
7. Gaya baru, trend terkini... Satu fenomena yg sedang melanda dunia, tentu anda tidak mahu ketinggalan bukan??? Benda baik ~sgt baik tak salah kita ikut.... walaupun yg memulakannya kembali adalah orang putih!!!

Berapa yang anda boleh jimat?

Cuba kira, berapa keping lampin pakai buang (DD) yg digunakan sehari x harga sekeping x 365 hari setahun x 3 tahun…

Katakan 6 x 0.50 x 365 x 3 = RM 3285 untuk seorang anak!!

Itu adalah jika anda gunakan DD jenama biasa, bukan MamyPoko ataupun DryPantz yg berharga hampir seringgit sekeping dan kiraan utk 6 keping sehari...

Bagaimana jika anak anda menggunakan lebih dari 6 keping sehari?? Bagaimana jika umur 3 tahun anak anda belum boleh ke tandas sendiri lagi... dan bagaimana jika anda mempunyai lebih dari seorang anak yg memakai diapers serentak??? Anda tentu lebih bijak utk membuat perhitungan ini!!

Jadi sekiranya anda beli 10 CD, kosnya barulah 10 x RM 35 (harga anggaran 1 CD) = RM350. Kalau 20 CD = RM700

Jadi anda masih lagi jimat RM2585. Banyak bukan??

Kos CD adalah one-off expenses, maknanya anda hanya perlu keluarkan sekali sahaja belanja dan CD tersebut juga boleh disimpan utk anak yg seterusnya. Jadi anda tidak perlu keluarkan belanja yg besar lagi utk lampin anak anda!! Satu penjimatan yg cukup hebat!!

Berapa yang perlu ada?

Terpulang kepada anda. Sebagai permulaan, anda boleh cuba 1, 2 atau 3 dan boleh tambah sedikit demi sedikit. Jika anda mahu berCD utk siang hari sahaja (sbg permulaan), anda perlu ada sekurang-kurangnya 8 CD (supaya sempat basuh untuk dipakai semula). Lebih baik ada 10-12 CD dan ada yg menyarankan 15 hingga 20 CD (lagi banyak yg anda ada, lagi panjang jangka hayat setiap CD)... dan anda juga boleh basuh 2-3 hari sekali!! Biasanya seorang bayi/ kanak-kanak memakai 5-7 keping CD dalam sehari (sama seperti lampin pakai buang yg sepatutnya perlu ditukar 3-4 jam sekali).

INFO AKAN DATANG :

1. JENIS-JENIS CD

2. CARA PENGGUNAAN DAN BASUH

3. KENAPA HARGA CD BERBEZA-BEZA?

4. JENIS-JENIS CD

5. KELEBIHAN MEMAKAI CD


KEMBALI BERSAMA ORANG BARU!!

Alhamdulillah, syukur lillah..

Hampir 4 bulan saya tidak meng'update' blog ni.. Terlalu banyak yang hendak dikongsikan..
Tapi kesempatan masa yg sedikit terbatas menghalang niat sy. Tapi insyaallah, saya perlukan sedikit masa lagi untuk semuanya kembali seperti biasa..























Dengan kehadiran orang baru, AFIF HUSAINI adik kepada AFIF HAKIMI...
Syukur atas rezeki yang diberikan..
Jadual hidup saya sedikit berubah..
Kesibukan semakin bertambah..
Cuti 2 bulan kali ini agak singkat rasanya..
Sy sudah kembali bekerja, rutin harian yang agak sedikit ketat..
Melayan kerenah anak-anak yang masih tidak mengenal erti kehidupan memerlukan kesabaran yang tinggi..
Kehidupan yang perlu diteruskan..
Mendidik dan menjaga mereka hingga hujung nyawa saya agar menjadi insan yang soleh!!

Saya?? Tetap menjadi anak, isteri, dan ibu yang solehah :)) MESTI!!
Semoga bertambah lagi kebahagiaan dan keceriaan keluarga ini.. ameenn..
 
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent