KeranaMu Aku Masih Di Sini..

Mencari dan terus mencari penghujung yang belum pasti..

RENUNGAN

Demi MASA!! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.

SEMANIS KURMA

Di dalam sedih dan ketawa, Di dalam susah dan mewah, Tetap teguh iman dan taqwa, Sehati sejiwa, Dulu kini selamanya, Walau apa yang melanda, Hadapi bersama, Ya Allah ya Rabbi, Teguhkan iman kami, Moga tabah hati tak berbelah bagi..

PERKEMBANGAN BAYI DARI MINGGU 29 - 40

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

sumber dari : http://mengandung.com

PERKEMBANGAN BAYI DARI MINGGU 17 - 28

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

PERKEMBANGAN BAYI DARI MINGGU 1 - 16

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.


sumber dari : http://mengandung.com/


ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH




















































Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran.

Ibu bapa mempunyai segala kuasa untuk menyediakan landasan yang perlu dilalui anak-anak seharian dalam proses membesar, ibu bapa juga perlu mengawal dan menyelia. Untuk itu petunjuk daripada Ilahi melalui al-Quran dan hadis merupakan modul dan acuan terpenting.

Tapi hakikatnya hari ini, kita sebagai ibu bapa sendiri tidak banyak meluangkan masa untuk anak2 kita. Sebabnya, masing2 sibuk dengan kerjaya. Sebagai alternatif, tempat asuhan dan sekolahlah tempat anak2 ini akan diserahkan. Tidak salah, tapi sebagai ibubapa yg bertanggungjawab, kita mesti memantau sejauh mana perkembangan anak2 kita. Jangan di depan mata kita sahaja mereka berbuat baik, tetapi di belakang kita sebaliknya. Nauzubillah min zalik.

Jadi sebagai ibu bapa yg inginkan anak2 yg cemerlang, cerdik serta soleh, sbnrnya semuanya bermula drpd diri kita sndr. Sejak mereka dalam kandungan ibunya lg. Sbb apa yg kita lakukan hr ini, sedikit sebanyak terkesan terhadap anak kita.

Jika kita inginkan yg terbaik, kita mestilah menjadi yg terbaik terlebih dahulu.
Jika kita inginkan anak yg soleh, tadah tangan minta padaNya setiap hati dikurniakan pasangan dan zuriat yang soleh.
Jika kita inginkan yg cerdik, selidik dahulu punca rezeki yg kita berikan pada anak-anak kita.
Jika kita inginkan yg ceria, ceriakanlh kehidupan kita bersama2 mereka.

Tapi jgn bermimpi, sekiranya kita sndr hr ini tidak pernah solat, puasa, sombong, engkar perintahNya, biadap dengan orang tua.. tapi kita harapkan anak kita buat yg terbaik untuk kita.. Itu adalah SATU KESILAPAN..

'CERMIN DIRI, HIASI PERIBADI' :)

TAHNIAH BUAT SAHABAT...














Syukur Lillah..

Saya sempat berkursus di pulau pinang selama 3 hari yg lps..
Masa hari terakhir teringat akan sahabat lama, Ca'a..
Terus saya call hendak tanyakan khabar.. Sbb mengikut perkiraannya sudah sampai masa untuk kelahiran.. panggilan telefon sy tidak berjawab.. Mungkin sibuk kot..

Selang 3 minit kemudian sy terima msg. "Salam ina, tgh kena interview ngan nurse. nak masuk wad ni. dah pecah air ketuban. apa2 nanti kami sms ye.." keesokan harinya baru sy terima penghabaran drnya, yg mengatakan yg dia slmt melahirkan baby girl.. tp kali ni senasib ngan sy dulu.. (caeser sbb anak songsang). Esok2 sy akan berkongsi pglmn sy melaluinya.. Masih segar diingatan.. :)

Nampaknya semakin besar tggjwb lps ni kn?. anak dah 3. ada shbt lain berkongsi.. realiti bila anak dah masuk 3 ni, rasa risau pula.. lagi2 duduk di KL ni.. ekonomi masih blm stabil.. hmm.. ada betulnya jg.. tp, bukankah setiap anak itu membawa rezeki masing2? Yang penting doa dan teruskan usaha.. Bumi Tuhan ni luas, insyaallah rezekiNya ada di mana-mana. Cuma kita kena terokainya..

Bila cerita pasal sahabat sy sorg ni, dialah di antara shbt sy yg kahwin awal. Sempat kami pergi masa kendurinya. Sempat kami siapkan hantaran dan gosokkan baju pengantin. Banyak sebenarnya kenangan bersamanya. Roomate sy di bilik 'excellent' masa di RZ dulu.

Tapi skrg masing2 dh ada kehidupan sendiri. Sy dpt rasakan betapa tabahnya dia menghadapi hari-harinya.. Mungkin sy tidak setabah itu.. Syukur dgn apa yg sy ada skrg.. Itu pun kadang-kadang merungut.. Yang pasti semua orang hendakkan yang terbaik untuk org2 yg tersayangkan?

Suami sy selalu berpesan, setiap kali hendak keluar rumah, niat kuat2 semoga perjalanan kita pada hari tersebut dipermudahkan. Rezeki kita, segala kerja2 kita.. Sebab Allah selalu nak bagi, cuma kekadang kita yg lupa untuk memintanya.. So jadikanlah amalan.. Jangan kedekut nak meminta padaNya.. Sebab Dia amat Pemurah lagi Maha Memberi..

---> Saya dah masuk bulan ke 4. Baby dalam perut ni dah mula tendang2.. Itulah nikmat menjadi seorg ibu :)..

CEPAT SEMBUH YA ANAKKU..




























PULANG KE TERENGGANU

Khamis lepas, tanpa dirancang tapi itulah keputusannya. Pulang ke Terengganu seawal pagi esoknya bagi menyelesaikan beberapa perkara. Tidak seperti sebelum2 ni, siap susun jadual bagai. Tapi kali ni lain, semua program yang dah disusun dibatalkan disaat2 akhir.. Semuanya kerana tanggungjawab. Awal jam 7 kami bertolak, berhenti breakfast di RnR Gambang, then sambung balik perjalanan. Sampai di halaman rumah orang tua kami jam menunjukkan 12.35 tghr. Terkejut si ayah dan ibu menerima kepulangan kami tanpa pengetahuannya. Kejutan di hari Jumaat :) Alhamdulillah, semuanya baik-baik saje..

Ahad, jam 8 pg kami memulakan perjalan utk pulag ke KL semula. Otw tu sempatlah jengok kawan lama di temerloh. Thanks Huda lauk ikan patin tu. Walaupun beli.. hihiii.. takpe, aku faham.. nasib kita sama.. (Dia tgh mabuk, mengandung anak pertama setelah lama menunggu. Jangka bersalin tempoh yg sama dgn sy.) So tiba di rumah jam 5.30 ptg.. Alhamdulillah, selamat perjalanan kami pergi & balik wpun tidak dirancang awalnya..


HAKIMI DEMAM

Balik kerja smlm, ambil hakim along kata hakim demam. Lepas maghrib, terus siap2 hantar gi klinik. 39c.. Dr terus masukkan ubat punggung. Katanya biar cepat sikit rendah suhu badannya.
Nasib baik cepat.. Sembuh ye hr ni.. esok hakim dah nak kena cucuk..

Disebabkan kesibukan dunia, sy dan si suami hampir2 terlupa untuk berikan suntikan hakim 1 thn 1/2.. Ni dah nak masuk 1 thn 10 bln. Nasib baik tergerak hati nak check buku kesihatan dia. Kebetulan esok sy ada check-up untuk kandungan sy yg dh masuk minggu ke-19 ni.. So blhlah sekali arung bawa dia skl.. Tapi dgn syarat cepat sembuh ye sayang!!!

Cerita pasal demam ni, teringat si ayah hakimi.. Tahun pertama perkahwinan sy, sy blh katakan setiap bulan mesti dia akan demam. Dan kalau dh demam tu, hanya tuhan je yg tahu.. Kdg2 mengalahkan kanak2. Pernah sekali tu, sy terima panggilan di tempat keje.. Katanya cepat balk.. Abg x larat.. Waktu tu juga, dengan perut yg sarat sy bergegas balik ke beranang semata-mata risaukan si dia.. Tapi Alhamdulillah, skrg nampak dah kurg sikit.. Maybe skrg ni byk kerja keras kot. so x sempat badan tu bermanja, asyik diperah je :).. Apapun syukur pada tuhan atas nikmat kesihatan yang diberikan..


p/s .. semoga sahabat saya yuzi dan afan dipermudahkan segala urusan.. ameen..




JANGAN BERSEDIH..
































Hadiah di hari pernikahan. Semoga saya akan terus menjadi seorang muslimah yang solehah!!

“janganlah kamu terlalu bersedih kerana apa yg telah ditakdirkan pasti akan berlaku dan rezeki yg telah ditentukan untukmu pasti akan datang..”

Yang berlalu Biarlah Berlalu

Mengingati masa yang lalu dan bersedih dengannya merupakan suatu kesilapan. Selalu mengingati masa lampau merupakan satu pembunuhan terhadap sebuah cita-cita. Memori masa yang lalu bagi orang yang cerdik biasanya dilipat dan tidak diceritakan. Masa yang lalu ditutup dan dikunci rapat dalam peti lupa, sebab ianya sudah berlalu dan telah berakhir.
Selayaknya bagi orang yang beriman, kita tidak perlu menoleh kebelakang. Kita hanya boleh menginsafi dan menyesal kesilapan yang telah dilakukan, tetapi untuk kembali ke masa lampau adalah suatu yang mustahil untuk berlaku.

Kita sering terlena dengan istana nan indah dan menangisi keruntuhan yang telah berlaku. Ingatlah jika manusia dan jin dikumpulkan untuk mengembalikan apa yang telah berlalu nescaya gagal dan tidak mampu kerana ianya adalah MUSTAHIL.


Hadapi Masa Hadapan Dengan Tabah

Allah s.w.t berfirman (Al-Nahl:1) yang bermaksud:
“Telah pasti datang ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan(datang) nya”

Mengapa kita perlu sibuk untuk hari esok, mengapa kita berasa bimbang terhadap malapetaka, peristiwa hari esok sedangkan kita belum tentu menjumpai hari esok.

Apa yang amat penting ditanam dalam fikiran kita ialah hari esok masih lagi dalam alam ghaib. Memberi peluang yang luas kepada akal fikiran untuk memikirkan masa hadapan dengan seolah kita membiarkan diri kita dibawah pengaruh panjang angan-angan.

Tidak salah untuk kita angankan perkara yang indah, tapi jangan sampai kita menyalahkan takdir yang bakal menimpa tanpa diduga. Setiap yang berlaku adalah dengan ketentuanNya. Yang penting, kita hendaklah sentiasa berfikiran POSITIF. Kerana dengan adanya fikiran yang positif, ia akan mempengaruhi tindakan yang positif insyaAllah..

Yang penting jadikan DOA sebagai senjata kita. Insyaallah segala amalan dan permintaan kita akan diperkenankan olehNya.


Jangan Bersedih! Jika saat ini anda fikir anda miskin, masih ada lagi mereka di luar yang mati kelaparan.Jika hari ini anda fikir anda tidak punya kenderaan seperti orang lain, masih ada orang lain di luar yang tidak mempunyai kedua belah kaki untuk bergerak. Jika ketika ini anda mengeluh kerana ditimpa musibah, masih ramai lagi orang2 di luar sana yang mati dalam kekejaman.

Jangan Bersedih! Jika anda banyak melakukan dosa dan maksiat, anda masih ada masa untuk bertaubat. Jika anda melakukan kesalahan, anda masih punya masa untuk meminta keampunan. Yang PENTING BERSEGERALAH. Sesungguhnya Rahmat Allah itu amat luas, pintunyaNya terbuka luas, keampunanNya tidak mengira masa, dan taubat anda pasti diterima.

Pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman” , sedang mereka tidak diuji lagi?
- Al-Ankabut, Ayat 2

 
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent